26
November 2017, 5.30am @ Balga
Subuh
kat Perth ni memang awal. Jam 3.50 am dah masuk subuh. Suasana pagi jam 5.30am sirna
matahari sudah cerah dan mendamaikan. Suhu hari ni 19 darjah Celsius. Yezza!!...Nice
weather untuk kami berjalan2 hari ni. Hari
ni dah janji untuk pick up sewa keta kat Mirrabooka Bus Station jam 8.00am.
Tengok dalam google maps jaraknya hanya 2.9km daripada Balga, so kami plan nak
naik bus jer dari Balga sementelahan bus stop pun kat depan rumah.
|
Breakfast
|
|
Bekal untuk mengelakkan kebuluran |
Lepas
bersiap semua kanak-kanak riang, kami breakfast kat rumah dulu isi perut dengan
Nasi Goreng perencah meggi dan tea-o panas…dan siapkan semua bekal untuk makan
tgahari or petang. Everybody ada backpack masing-masing untuk isi bekal dan
botol air minum…so takyah nak beli air lagi J. Jam 7.30 kami dah
tercongok kat depan bus stop. Suasana hari ahad memang agak lengang sebab
weekend. Tunggu punya tunggu ..apasal bas tak sampai2 lagi nih….tengok balik
timetable kat bus stop tu…rupanya hari ahad bas start kul 9.30am……alamak lambat
lagi nihh!! Janji ngan Mr Fatkhi yang sewa keta tu kul 8.00am. Tengah kami dok
tunggu tu bas tu…tetiba berenti sebuah taxi mpv. Driver taxi tu tanya kitaorang
nak gi mana….bagitau nak gi Mirrabooka Bus Station…he said “ Come…I’ll send you
there!!”….Rezeki kami pagi tu…Mr Hassan driver taxi tu offer nak hantar kami ke
sana FOC J. Dia cakap sebenarnya
dia off tak kerja pagi tu…malam tadi dah lewat balik, so pagi ni dia on the way
nak gi swimming. Dia nampak kitaorang dok tunggu bas …and he knew that we’re
tourist. So, dia cakap takpelah..dia tolong hantar. Mr Hassan ni orang Africa
Selatan dan dah lama bermastautin di Perth. Sampai kat Mirrabooka Bus Station,
he dropped us and we say Thank You!!!...jimat tambang bas pagi nih..hehe.
|
Bus stop depan rumah |
|
Suasana lengang di pagi Ahad |
|
Mr Hassan the taxi driver |
About
15 minutes, Mr Fatkhi sampai dengan keta Toyota Estima yang kami booked. Such a
nice chap…pakai baju melayu ngan kain pelikat jer hantar keta…sempoiii.
Yes!...tak sabar nak bejalan nihh…naik keta kat Perth ni, child seat memang
wajib untuk kids 7 years below tak silap…kalu tak pakai kena saman wooo…so..si
kecik fie dan ichad kena dok dalam child seat lah..hahaha. Kat Malaysia mana
deme nak dok dlm child seat ni…muka tension jerr…. Kami berhenti isi minyak and
pump in AUD50. Jarum meter minyak naik separuh. According to Mr Fatkhi, harga
minyak dekat Aussie ni berbeza hari biasa ngan weekend. Kalu weekend mahal
sikit rate dia…I see. Sebab tu kat depan petrol pump tu ada signboard besar gedabak
tunjuk harga minyak!!
First
destination..Freemantle. Freemantle
ni adalah bandar tepi pelabuhan terletak kira-kira 29km daripada Mirrabooka.
Kami decide nak pegi Freemantle dulu hari ni sebab kat sana ada kedai souvenir murah
yang popular kat E-Shed Market.
Market ni hanya bukak pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Lebih kurang 40
minit drive kami akhirnya sampai kat Freemantle. Mula-mula kami pergi market dia
dulu. Sungguh meriah dengan gerai-gerai jualan. Ala-ala pasar pagi gitu, ada
macam-macam jualan, makanan, buahan dan sayur segar juga barangan
souvenir. Penat pusing kat pasar..kami
menapak kira-kira 20 meter daripada situ ternampak signboard Megabes. Megabes ini adalah kedai jual
souvenir yang famous jugak run by singaporean chinese family. Ramai staff dia
yang cakap melayu. Kami sempat beli beberapa sourvenir kat situ. Dari situ kami
gerak pula ke E-Shed Market untuk meninjau barangan kat sana. Rupanya dekat
situ lagi banyak sourvenir t-shirt, cap, key chain etc…dengan harga yang lebih
murah. Tokey dia orang Indonesia yang sangat peramah. Terbanglah lagi note AUD
beberapa keping lagi disitu…..erkkkk!!
|
Dalam E-Shed Market |
Jam
menunjukkan 12pm dah..kami plan nak menikmati lunch Fish N Chips yang depa
selalu dok mention tu..Kailis’ Fish
Market Cafe….hehehe perut pun dah berbunyi…so kami beredar dulu dari situ
dan drive menuju ke Kailis’s ..tak jauh pun just dalam 10 minit drive jerr. On
the way nak ke sana, kami pusing-pusing kat tepi pelabuhan Freemantle dan
ternampaklah rumah api yang glamer tu. South
Mole Lighthouse yang berwarna hijau yang mula dinyalakan pada tahun 1903.
View yang sangat cantik dengan cuaca angin laut sejuk yang bertiup sepoi-sepoi…molek
sungguh untuk bergambar.
|
South Mole Lighthouse |
For info, Freemantle memang terkenal dengan sejarah
rumah api yang menjadi mercu tanda Freemantle Harbour. Berdasarkan cacatan sejarah pembinaan rumah
api ini bermula sejak penjajahan eropah di Australia Barat pada sekitar tahun
1829 :-
As
the first point of European settlement on the west coast of Australia in 1829,
Fremantle has a very rich and colourful, though sometimes tragic maritime
history. The commissioning of her
lighthouses, reflects the way in which man will always work - using the
technology at hand, to solve a problem and meet a need. In this case the need was safe passage
through the treacherous reefs of Rottnest Island on the very doorstep of
Fremantle Port, the problem being the loss of cargo, ships and lives. The
Solution - a pair of lighthouses - one at Rottnest and one at Fremantle.
(http://members.upnaway.com/~obees/lights/metro/slfreo.htm)
Yaa…sambil
berjalan sambil belajar sejarah. Jauh berjalan luas pemandangan hehe..
|
Monumen C.Y O'Connor, engineer bangsa Irish yang terkenal
dengan pembinaan Freemantle Harbour |
Kami
sampai kat Kailis lebih kurang jam 1.30pm…orang tengah ramai lunch. Luckily
kami dapat jugak meja ditengah-tengah kesesakan orang tempatan dan pelancong
tu. Kami order 1 Family Set Fish and Chip dan 1 set Squid & Chips. Total
Price: AUD 65.90. Besar gedabak dia punya portion!! Sungguh menyelerakan. Abang
Amer tak toleh kiri kanan dah…hahaha!. Makan kat sini diaorang bagi sos tartar
jer..takde provide sos cili. So..tekak Malaysia kan mesti nak cicah sos cili jugak.
Mama dah planning awal2 bawak sos cili paket yang McD punya tu…baru ada kick!!.
Kat sini ada pilihan seafood lain juga…Lobster, oysters, udang dll. Beratur
untuk order, bayar dan setiap orang akan diberikan satu alat penggera. Tunggu
kat meja jer..bila makanan dah siap alat tu berbunyi…truutt truut truut…gi amik
la makanan kat depan kaunter …hahaha..
|
Full house @Kailis
|
|
Gedabak!
|
|
Squid N Chips
|
Lepas
makan kami terus gerak. Target kami adalah memaksimumkan destinasi… so tak
perlu spent lama-lama kat satu2 tempat. Our next destination is….Cottesloe Beach. Kat Perth ni banyak
pantai yang cantik-cantik. Cottesloe Beach ni atau lebih dikenali dengan “Cott”
oleh orang tempatan adalah salah satu popular spot kerana pantainya yang cantik
dan pasirnya yang putih bersih. Hari Ahad adalah merupakan hari santai dan
pantai menjadi tempat warga Perth dan pelancong untuk bermandi manda. Kami tak
plan untuk mandi pun kerana pemandangan disana tidak bagus untuk warga
kanak-kanak. Mat Salleh ni miskin kain baju bila berada di tepi pantai…hahaha!!...Snap
gambar untuk kenangan dan beredar ke destinasi seterusnya.
|
Cottesloe Beach |
Kami
terus drive menuju Crawley Edge Boatshed
atau lebih dikenali dengan nama Blue
Boat House. Jaraknya hanya 7.9 km daripada Cottesloe Beach. Tempat ni
memang favourite place untuk sapa2 yang pegi Perth. Diorang cakap pegi Perth
tak sampai sini taksah lah..hehe. Memang cantik pun view dia. Actually rumah ni
kecik jerr..dan ada sejarah yang tersendiri. Kat jambatan depan rumah ni ada
tercatit sejarah rumah biru ini. Mulanya ia adalah private property milik orang
France yang dijadikan site for the family home. Over the years..akhirnya rumah
ini menjadi tarikan pelancong hinggalah sekarang. Masa kami pergi ni pun..ramai
tourist beratur nak amik gambar…masa kami nak amik gambar family…ada pelancong
Malaysia dari Kajang yang baik hati tolong snap gambar…kami pun bergilir2
tolong snap gambar diorang. Tolong menolong kan amalan mulia J. Blue Boat House ini
hanyalah bersebelahan King’s Park & Botanic Garden. Jam menunjukkan pukul 4.20pm…memang syok lah
nak pegi lepak taman.
|
beratur..
|
|
Sejarah Blue Boat House |
King’s
Park & Botanic Garden
yang terletak di tengah2 CBD (Central
Business District of Perth) ni adalah tempat wajib untuk dikunjungi semasa
berada di Perth. Ia adalah sebuah taman rekreasi yang amat luas iaitu 4.06
kilometer persegi atau lebih kurang 1000 ekar!!...mak oii..memang amat cantik
dengan rumput hijau yang bersih ..amat sesuai untuk bersantai sambil berpiknik.
Kanak-kanak riang apa lagi….siap berguling-guling atas padang rumput. Ia
menempatkan juga taman botanic dengan pelbagai pokok dan tumbuhan. Dekat sini
juga ada State War Memorial yang dibina bagi memperingati kesemua askar-askar
Australia yang terkorban dalam banyak peperangan dunia seperti Boer War, World
War I, World War II, Korean War dan Vietnam. Seharusnya kami kena spent lebih
masa di sini jika ingin menikmati
sepenuhnya keunikan dan keindahan King’s Park ni. Tapi disebabkan waktu
sudah lewat petang, kami perlu beredar dan bergerak sebagaimana itinerary yang
sudah kami rancang. Mulanya kami plan nak solat jama’ di Masjid Perth, tapi
tukar plan…kami amik wudhu’ di King’s Park ni dan solat jama’ ta’khir disini bersejadahkan
rumput hijau yang lembut ni..hehe.
|
Perth view from King's Park |
Selesai
solat, kami singgah jap kat Parliament House yang letaknya lebih kurang 1 km jer daripada King's Park. Kat situ landscape dia sangat cantik dengan pokok bunga yang colorful untuk gambar kenang-kenangan. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Lake Monger sebuah tasik atau wetland yang besar terletak kira-kira 5km daripada
CBD. Tasik ini adalah merupakan tempat rekreasi popular untuk aktiviti “bird
watching” dan juga riadah. Di sekeliling tasik ini dibina trek jogging dan trek berbasikal
sepanjang 3.8 km. Kami tiba disana sekitar jam 6.00pm dan sempat melihat pemandangan
cantik matahari terbenam ditasik tu..waktu petang agaknya, tak banyak burung
berterbangan namun surrounding viewnya amat menenangkan. Kat sini kami habiskan
bekal makanan yang kami bawak dan baki chips yang kami tapau kat Kailis tadi…alas
perut. Amik gambar…jangan tak ambik!….bateri
hand phone lak dah tinggal 2%...nasib baik ada lumix Panasonic. Kanak-kanak
ribena posing je keja..:)..directornya sapa lagi kalu bukan si kecik fie..dia yang
arahkan abang2 ngan kakak nak posing angle camane…hehe.
|
Parliament House
|
|
Lake Monger |
Kami
meninggalkan Lake Monger setelah terbenamnya matahari. Seharian berjalan hari
ni rasa macam banyak juga tempat sempat cover..puas hati. Malam kami menuju ke
bandar Perth kira-kira 5.6 km dari sini nak enjoy night view city of Perth. Kami menuju ke Elizabeth Quay yang merupakan favourite spot untuk menikmati
keindahan bandar Perth yang bercahaya pada waktu malam. Kami lepak di Barrak Jetty Street, bergambar di The Bell Tower (kalu siang boleh naik tower ni boleh tengok sekeliling bandar Perth,
kena bayar tiket) dan berjalan-jalan amik angin malam…sejukk. Jam sudah
pukul 10.30pm. Kira dah lewat malam dah ni kat Perth. Time to go back to Balga….rehat
untuk esok pulak. Sampai rumah dekat jam 11pm…tengok meter minyak…ada lagi satu
tangkuk…hmmm macam jimat jerr petrol kat sini J. Siap mandi and solat, mama sempat prepare late dinner...kurma daging Brahim's memang umphh!!
|
Malam di Perth |
|
The Bell Tower |
|
Our late dinner.. |
End of Part 3.
No comments:
Post a Comment