Monday, 22 January 2018

Jejak-Jejak Perth 2017 - Part 3



26 November 2017, 5.30am @ Balga



Subuh kat Perth ni memang awal. Jam 3.50 am dah masuk subuh. Suasana pagi jam 5.30am sirna matahari sudah cerah dan mendamaikan. Suhu hari ni 19 darjah Celsius. Yezza!!...Nice weather untuk kami berjalan2  hari ni. Hari ni dah janji untuk pick up sewa keta kat Mirrabooka Bus Station jam 8.00am. Tengok dalam google maps jaraknya hanya 2.9km daripada Balga, so kami plan nak naik bus jer dari Balga sementelahan bus stop pun kat depan rumah.

Breakfast



Bekal untuk mengelakkan kebuluran




Lepas bersiap semua kanak-kanak riang, kami breakfast kat rumah dulu isi perut dengan Nasi Goreng perencah meggi dan tea-o panas…dan siapkan semua bekal untuk makan tgahari or petang. Everybody ada backpack masing-masing untuk isi bekal dan botol air minum…so takyah nak beli air lagi J. Jam 7.30 kami dah tercongok kat depan bus stop. Suasana hari ahad memang agak lengang sebab weekend. Tunggu punya tunggu ..apasal bas tak sampai2 lagi nih….tengok balik timetable kat bus stop tu…rupanya hari ahad bas start kul 9.30am……alamak lambat lagi nihh!! Janji ngan Mr Fatkhi yang sewa keta tu kul 8.00am. Tengah kami dok tunggu tu bas tu…tetiba berenti sebuah taxi mpv. Driver taxi tu tanya kitaorang nak gi mana….bagitau nak gi Mirrabooka Bus Station…he said “ Come…I’ll send you there!!”….Rezeki kami pagi tu…Mr Hassan driver taxi tu offer nak hantar kami ke sana FOC J. Dia cakap sebenarnya dia off tak kerja pagi tu…malam tadi dah lewat balik, so pagi ni dia on the way nak gi swimming. Dia nampak kitaorang dok tunggu bas …and he knew that we’re tourist. So, dia cakap takpelah..dia tolong hantar. Mr Hassan ni orang Africa Selatan dan dah lama bermastautin di Perth. Sampai kat Mirrabooka Bus Station, he dropped us and we say Thank You!!!...jimat tambang bas pagi nih..hehe.


Bus stop depan rumah


Suasana lengang di pagi Ahad




Mr Hassan the taxi driver

About 15 minutes, Mr Fatkhi sampai dengan keta Toyota Estima yang kami booked. Such a nice chap…pakai baju melayu ngan kain pelikat jer hantar keta…sempoiii. Yes!...tak sabar nak bejalan nihh…naik keta kat Perth ni, child seat memang wajib untuk kids 7 years below tak silap…kalu tak pakai kena saman wooo…so..si kecik fie dan ichad kena dok dalam child seat lah..hahaha. Kat Malaysia mana deme nak dok dlm child seat ni…muka tension jerr…. Kami berhenti isi minyak and pump in AUD50. Jarum meter minyak naik separuh. According to Mr Fatkhi, harga minyak dekat Aussie ni berbeza hari biasa ngan weekend. Kalu weekend mahal sikit rate dia…I see. Sebab tu kat depan petrol pump tu ada signboard besar gedabak tunjuk harga minyak!!







First destination..Freemantle. Freemantle ni adalah bandar tepi pelabuhan terletak kira-kira 29km daripada Mirrabooka. Kami decide nak pegi Freemantle dulu hari ni sebab kat sana ada kedai souvenir murah yang popular kat E-Shed Market. Market ni hanya bukak pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Lebih kurang 40 minit drive kami akhirnya sampai kat Freemantle. Mula-mula kami pergi market dia dulu. Sungguh meriah dengan gerai-gerai jualan. Ala-ala pasar pagi gitu, ada macam-macam jualan, makanan, buahan dan sayur segar juga barangan souvenir.  Penat pusing kat pasar..kami menapak kira-kira 20 meter daripada situ ternampak signboard Megabes. Megabes ini adalah kedai jual souvenir yang famous jugak run by singaporean chinese family. Ramai staff dia yang cakap melayu. Kami sempat beli beberapa sourvenir kat situ. Dari situ kami gerak pula ke E-Shed Market untuk meninjau barangan kat sana. Rupanya dekat situ lagi banyak sourvenir t-shirt, cap, key chain etc…dengan harga yang lebih murah. Tokey dia orang Indonesia yang sangat peramah. Terbanglah lagi note AUD beberapa keping lagi disitu…..erkkkk!!












Dalam E-Shed Market

Jam menunjukkan 12pm dah..kami plan nak menikmati lunch Fish N Chips yang depa selalu dok mention tu..Kailis’ Fish Market Cafe….hehehe perut pun dah berbunyi…so kami beredar dulu dari situ dan drive menuju ke Kailis’s ..tak jauh pun just dalam 10 minit drive jerr. On the way nak ke sana, kami pusing-pusing kat tepi pelabuhan Freemantle dan ternampaklah rumah api yang glamer tu. South Mole Lighthouse yang berwarna hijau yang mula dinyalakan pada tahun 1903. View yang sangat cantik dengan cuaca angin laut sejuk yang bertiup sepoi-sepoi…molek sungguh untuk bergambar. 

South Mole Lighthouse


For info, Freemantle memang terkenal dengan sejarah rumah api yang menjadi mercu tanda Freemantle Harbour.  Berdasarkan cacatan sejarah pembinaan rumah api ini bermula sejak penjajahan eropah di Australia Barat pada sekitar tahun 1829 :-

As the first point of European settlement on the west coast of Australia in 1829, Fremantle has a very rich and colourful, though sometimes tragic maritime history.  The commissioning of her lighthouses, reflects the way in which man will always work - using the technology at hand, to solve a problem and meet a need.  In this case the need was safe passage through the treacherous reefs of Rottnest Island on the very doorstep of Fremantle Port, the problem being the loss of cargo, ships and lives. The Solution - a pair of lighthouses - one at Rottnest and one at Fremantle.
(http://members.upnaway.com/~obees/lights/metro/slfreo.htm)

Yaa…sambil berjalan sambil belajar sejarah. Jauh berjalan luas pemandangan hehe..




Monumen C.Y O'Connor, engineer bangsa Irish yang terkenal
dengan pembinaan Freemantle Harbour





Kami sampai kat Kailis lebih kurang jam 1.30pm…orang tengah ramai lunch. Luckily kami dapat jugak meja ditengah-tengah kesesakan orang tempatan dan pelancong tu. Kami order 1 Family Set Fish and Chip dan 1 set Squid & Chips. Total Price: AUD 65.90. Besar gedabak dia punya portion!! Sungguh menyelerakan. Abang Amer tak toleh kiri kanan dah…hahaha!. Makan kat sini diaorang bagi sos tartar jer..takde provide sos cili. So..tekak Malaysia kan mesti nak cicah sos cili jugak. Mama dah planning awal2 bawak sos cili paket yang McD punya tu…baru ada kick!!. Kat sini ada pilihan seafood lain juga…Lobster, oysters, udang dll. Beratur untuk order, bayar dan setiap orang akan diberikan satu alat penggera. Tunggu kat meja jer..bila makanan dah siap alat tu berbunyi…truutt truut truut…gi amik la makanan kat depan kaunter …hahaha..

Full house @Kailis



Gedabak!

Squid N Chips








Lepas makan kami terus gerak. Target kami adalah memaksimumkan destinasi… so tak perlu spent lama-lama kat satu2 tempat. Our next destination is….Cottesloe Beach. Kat Perth ni banyak pantai yang cantik-cantik. Cottesloe Beach ni atau lebih dikenali dengan “Cott” oleh orang tempatan adalah salah satu popular spot kerana pantainya yang cantik dan pasirnya yang putih bersih. Hari Ahad adalah merupakan hari santai dan pantai menjadi tempat warga Perth dan pelancong untuk bermandi manda. Kami tak plan untuk mandi pun kerana pemandangan disana tidak bagus untuk warga kanak-kanak. Mat Salleh ni miskin kain baju bila berada di tepi pantai…hahaha!!...Snap gambar untuk kenangan dan beredar ke destinasi seterusnya.

Cottesloe Beach





Kami terus drive menuju Crawley Edge Boatshed atau lebih dikenali dengan nama Blue Boat House. Jaraknya hanya 7.9 km daripada Cottesloe Beach. Tempat ni memang favourite place untuk sapa2 yang pegi Perth. Diorang cakap pegi Perth tak sampai sini taksah lah..hehe. Memang cantik pun view dia. Actually rumah ni kecik jerr..dan ada sejarah yang tersendiri. Kat jambatan depan rumah ni ada tercatit sejarah rumah biru ini. Mulanya ia adalah private property milik orang France yang dijadikan site for the family home. Over the years..akhirnya rumah ini menjadi tarikan pelancong hinggalah sekarang. Masa kami pergi ni pun..ramai tourist beratur nak amik gambar…masa kami nak amik gambar family…ada pelancong Malaysia dari Kajang yang baik hati tolong snap gambar…kami pun bergilir2 tolong snap gambar diorang. Tolong menolong kan amalan mulia J. Blue Boat House ini hanyalah bersebelahan King’s Park & Botanic Garden.  Jam menunjukkan pukul 4.20pm…memang syok lah nak pegi lepak taman.

beratur..







Sejarah Blue Boat House

King’s Park & Botanic Garden yang terletak di tengah2 CBD (Central Business District of Perth) ni adalah tempat wajib untuk dikunjungi semasa berada di Perth. Ia adalah sebuah taman rekreasi yang amat luas iaitu 4.06 kilometer persegi atau lebih kurang 1000 ekar!!...mak oii..memang amat cantik dengan rumput hijau yang bersih ..amat sesuai untuk bersantai sambil berpiknik. Kanak-kanak riang apa lagi….siap berguling-guling atas padang rumput. Ia menempatkan juga taman botanic dengan pelbagai pokok dan tumbuhan. Dekat sini juga ada State War Memorial yang dibina bagi memperingati kesemua askar-askar Australia yang terkorban dalam banyak peperangan dunia seperti Boer War, World War I, World War II, Korean War dan Vietnam. Seharusnya kami kena spent lebih masa di sini jika ingin menikmati  sepenuhnya keunikan dan keindahan King’s Park ni. Tapi disebabkan waktu sudah lewat petang, kami perlu beredar dan bergerak sebagaimana itinerary yang sudah kami rancang. Mulanya kami plan nak solat jama’ di Masjid Perth, tapi tukar plan…kami amik wudhu’ di King’s Park ni dan solat jama’ ta’khir disini bersejadahkan rumput hijau yang lembut ni..hehe.










Perth view from King's Park


Selesai solat, kami singgah jap kat Parliament House yang letaknya lebih kurang 1 km jer daripada King's Park. Kat situ landscape dia sangat cantik dengan pokok bunga yang colorful untuk gambar kenang-kenangan. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Lake Monger sebuah tasik atau wetland yang besar terletak kira-kira 5km daripada CBD. Tasik ini adalah merupakan tempat rekreasi popular untuk aktiviti “bird watching” dan juga riadah. Di sekeliling tasik ini  dibina trek jogging dan trek berbasikal sepanjang 3.8 km. Kami tiba disana sekitar jam 6.00pm dan sempat melihat pemandangan cantik matahari terbenam ditasik tu..waktu petang agaknya, tak banyak burung berterbangan namun surrounding viewnya amat menenangkan. Kat sini kami habiskan bekal makanan yang kami bawak dan baki chips yang kami tapau kat Kailis tadi…alas perut.  Amik gambar…jangan tak ambik!….bateri hand phone lak dah tinggal 2%...nasib baik ada lumix Panasonic. Kanak-kanak ribena posing je keja..:)..directornya sapa lagi kalu bukan si kecik fie..dia yang arahkan abang2 ngan kakak nak posing angle camane…hehe.


Parliament House










Lake Monger





Kami meninggalkan Lake Monger setelah terbenamnya matahari. Seharian berjalan hari ni rasa macam banyak juga tempat sempat cover..puas hati. Malam kami menuju ke bandar Perth kira-kira 5.6 km dari sini nak enjoy night view city of Perth.  Kami menuju ke Elizabeth Quay yang merupakan favourite spot untuk menikmati keindahan bandar Perth yang bercahaya pada waktu malam. Kami lepak di Barrak Jetty Street, bergambar di The Bell Tower (kalu siang boleh naik tower ni boleh tengok sekeliling bandar Perth, kena bayar tiket) dan berjalan-jalan amik angin malam…sejukk. Jam sudah pukul 10.30pm. Kira dah lewat malam dah ni kat Perth. Time to go back to Balga….rehat untuk esok pulak. Sampai rumah dekat jam 11pm…tengok meter minyak…ada lagi satu tangkuk…hmmm macam jimat jerr petrol kat sini J. Siap mandi and solat, mama sempat prepare late dinner...kurma daging Brahim's memang umphh!!


Malam di Perth



The Bell Tower

Our late dinner..



End of Part 3.


Friday, 19 January 2018

Jejak-Jejak Perth 2017 - Part 2

25 November 2017, 3.40am @ampang.


Dah siap packing!.. Flight kami 10.05am dan kena check-in 2 jam awal. So kami  amik keputusan kena gerak awal. Dah penat packing tak nak amik risiko apa-apa hal kita gerak dulu. Plan solat subuh kat nearby KLIA 2 then terus pergi sana untuk check-in.  Dah kira campur tolak bahagi darab semua…kami decide nak parking kereta kat Tune Hotel Sepang. Parking charges is RM39 per day..InsyaAllah selamat since the parking lot kat dalam area hotel.  Another option boleh parking kat LRT Salak Tinggi then amik ERL.dari segi kos lebih jimat tapi untuk memudahkan perjalanan balik nanti, kami rasa parking dekat Tune Hotel adalah the best choice.. dekat dan mudah. Travel with kids kena amik kira semua…sebab nanti flight balik KL sampai malam..faham2 lah dengan kerenah kanak-kanak ribena nihh J.


Jam 7.00 am kami dah check in. Kanak-kanak ribena dah lapar so kami breakfast dekat Marry Brown before masuk departure hall. Semua excited nak naik plane terutama si kecik Fie… Mamanye pun sekali dah tersengih sampai ketelinga….Perth mung tunggu aku dataang!!!



Perjalanan amik masa 5 jam lebih…sempat tidur-tidur ayam. Budak2 pun enjoyed the kids’ meals (kena pre-order masa booked air ticket). Masa kat dalam flight tu kami diberikan borang kena isi and pass dekat kaunter imigresen nanti. Wajib kena isi details berapa hari nak stay kat Australia, nak pegi buat ape..tinggal kat mana…huhu….detail  sungguh Aussie government ni. We touched down dekat Perth International Airport T1 lebih kurang jam 3.40 pm.  Waktu  Perth dan Malaysia adalah sama so tak perlu nak adjust masa jam tangan…Musim cuti sekolah dah start..so ramai jugak orang Malaysia datang melancong sini…masa beratur dekat imegresen tu nampak ada beberapa group orang Malaysia. Alhamdulillah…lepas semua checking dekat kaunter imegresen, tadaa masalahh…Yeaayyy!!!











First thing first!...cari simkad dulu. Turun dekat ground floor airport sebelum pintu keluar tu , ada kedai jual simkad. Boleh pilih nak yang mana, optus, Vodafone, Telstra. Kami beli satu simkad Vodafone dengan harga AUD30…cukuplah data internet untuk 4 hari. Amik masa lama jugak beratur sebab ramai pelancong…hampir sejam kat situ…huhu…jam menunjukkan pukul 5.15pm. Nak kena naik bus pegi Balga nihh…sebab esok baru kami start sewa keta. Keluar dari airport dalam beberapa  meter jerr ada banyak bus stop. Semua ada Stop Number nak ke destinasi mana. Masa nilah bukak semua jadual transperth yang dah kami print awal2..Dekat bus stop tu memang dah ada jadual bas pukul berapa akan sampai….and yes memang bas sampai on time!!

















Dari Airport kami amik Bus 380 then berhenti dekat Wright St (Stop Number 11304). Masa dalam bus tu kena perati lah Stop point tu J. Turun kat situ kami kena amik Bus 999 menuju ke Morley Bus Station. Sampai sana amik pulak Bus 371 heading to Ravenswood Dr After Arun PI (Stop 16403). Turun kat situ jalan kaki jerr 2 minit sampai depan rumah. Best jugak pengalaman naik bas nihh…driver dia pun helpful. Kita boleh tanya dia jika tak sure. Satu perkara yang menarik orang Aussie ni akan ucap terima kasih dekat driver bas masa nak turun. Kami perati ramai yang say thank you. Even duduk kat seat belakang pun diorang akan laung “Thank you mate!!”…Tambang bas amat menjimatkan jika kita amik Family Rider. Untuk 7 orang just sekali  bayar AUD 12 boleh guna ikut Zon yang kita nak pegi. Make sure simpan tiket tu masa nak tukar bas. Details mengenai Transperth semua boleh tengok kat website siap dengan destinasi ikut zon dan jadual setiap bas. Efficient sungguh. Kalu kat dalam Perth City CBD naik bas free jerr…




Kami sampai kat Walderton AV, Balga lebih kurang jam 8.00pm. Dah malam. Owner rumah dah e-mail siap2 instruction nak masuk rumah dengan menggunakan security code dekat pintu. Maknanya setiap pelancong yang menginap rumahnya akan diberikan kod yang berbeza. Nice house! 3 bilik semua aircond, 2 bilik air, kitchen, mesin basuh, wifi internet, desktop PC and ...TV 49 inci lagi!!. Ada piano yang mana telah menyebabkan kami terpaksa mendengar alunan sumbang our daughter yang tak berhenti2 bermain piano!! Huhuhu..For dinner malam tu masak meggi jerr…







Seharian perjalanan dari Malaysia ke Perth…penat yet exciting!!....bersihkan diri…solat jama’ ta’khir….it’s already 10.30pm...time to rest untuk esok hari!



End of Part 2.

Sydney : A trip to remember

Sydney is Australia’s most famous and premier city filled with plenty of things to see and do. The vibrant city is known for its beautiful...