Saturday 10 February 2018

Jejak-Jejak Perth 2017 - Part 4

27 November 2017 @ Balga

Hari ni plan nak tengok kangaroo…yezza!! mai aussie mesti kena amik gambaq ngan kangaroo ye dak?? So, hari ni kami berpagian breakfast dengan meehoon goreng berlaukkan sardin…. Plan mulanya nak kuar breakfast kat Hyde Park which is about 10km from Balga. Ingat nak picnic kat situ sambil menikmati suasana pagi kat Hyde park yang cantik iteww…tapi hari ni kami kuar agak lewat dah kul 8.30am….so we decided to have breakfast kat umah je laa. Hyde Park salah satu tempat yang kami tak sempat pegi walaupun dah masuk dalam itinerary mulanya, takpelah nanti next time kita pegi hehe..So after breakfast kami terus ke Caversham Wildlife Park.  Perjalanan kesana memakan masa selama lebih kurang 30 minit. Tempat ni terletak di Whiteman Park* sememangnya famous dengan haiwan dan hidupan liar Australia yang dijaga khas sebagai usaha conservation oleh Australian Government terhadap haiwan2 native mereka yang unik ini. Dianggarkan ada lebih 200 species haiwan ditempatkan disitu termasuklah yang paling glamer Kangaroo, Koala, Wombat, possum dan macam2 lagi! Dalam perjalanan nak masuk ke Caversham tu, kami  melalui pemandangan yang cukup menarik dengan pokok-pokok dan hutan kecil serta landscape yang sangat mengujakan..

*Whiteman Park is a 4,000-hectare (9,900-acre; 15 sq mi) bushland area located 22 km (14 mi) north of Perth, Western Australia. The park is in the suburb of Whiteman, in the Swan Valley in the upper reaches of the Swan River.[1]
It encompasses the source of Bennett Brook - an important nyoongar location, and source of mythology of the Wagyl and stories about aboriginal occupancy of the area [2][3]
Whiteman Park is known for its biodiversity, including over 450 endemic plants and more than 120 vertebrate animals (some of which are rare and endangered). Over 17% of Western Australian bird species occur in Whiteman Park, including migratory birds attracted to the habitat provided by Bennett Brook and associated wetlands including Grogan's Swamp, a Conservation Category Wetland.
The state government purchased the land from a variety of private owners in 1978, to protect the underlying aquifer as a drinking water source for Perth. The major owner was Lew Whiteman (1903–1994), after whom the park is named.[4]
Sumber - Wikipedia




Caversham Wildlife Park hanyalah sebahagian daripada Whiteman Park yang luas itu..


Kami sampai di Caversham jam 9.30 pagi...dia bukak kul 9.00, consider awal jugaklah kami sampai. Memang dinasihatkan untuk sampai awal dan spent masa at least 3 jam kat sini kerana kat dalam tu selain tengok haiwan, ada macam2 showcase tengok diorang buat demo potong bulu biri-biri, perah susu lembu..if you're lucky orang tak ramai ..boleh try perah susu lembu (which i did!! hehe...)

Fee entrance adalah AUD29 untuk dewasa dan AUD13 untuk kanak-kanak 3 to 14 years. Kanak2 ribena memang excited sungguh nak masuk dalam ni!! Cuaca hari tu yang sederhana sejuk around 21 darjah celcius, memang just nice..tak terasa pun kepenatan kami berjalan mengelilingi Caversham dari satu point ke satu point dengan macam2 haiwan yang pernah dan tak pernah kami tengok. Paling best kangaroo la..jinak dan selamba rock. Ada makanan macam dedak bijirin disediakan dan kita boleh hulur bagi makan kat kangaroo. Kami berjalan lagi ke tempat Wombat. Seekor haiwan yang kejanya..makan tido, makan tido...pekerja kat situ memang dukung Wombat ni ke hulu kehilir...masa kami amik gamba pun si Wombat ni terkangkang tido...hahaha! Kat tempat Wombat tu ada haiwan-haiwan lain lagi , Abg amer tak lepas peluang bergambar dengan ular sawa, ada macam2 species burung dan sekor haiwan yang menarik ni nama Northern Blue-Tongue Lizard. Sejenis species cicak yang besar...sentuh kulit dia rasa lembab2 basah gitu...errkkk!! Kat situ Wombat yang paling glamer sebab ramai orang beratur nak amik gambar dengan dia...tapi si kecik fie takut sangat ngan Wombat...tak nak masuk dekat walaupun mamat tu terbungkang tido jer...hehehe. Dari situ kami terus ke Farm Show nak tengok diorang buat pertunjukan dan demo potong bulu biri-biri. Besar betul biri-biri diorang ni dan bulunya sangat lembut! Demonstrator tu cakap China is the top country yang import bulu biri-biri ni dari Australia..

Australia is one of the world’s largest wool producers, producing around 25 per cent of greasy wool sold on the world market. The value of Australian wool exports in 2015-16 is estimated to be around $3 billion; this reflects the continuing strong global demand for Australia’s wool, which is regarded as among the world’s best. Wool is produced in all Australian states except the Northern Territory. New South Wales produces the greatest volume of wool, followed by Victoria, Western Australia and South Australia. In 2014-15, it is estimated that over 70 million sheep were shorn in Australia. - http://www.agriculture.gov.au/ag-farm-food/meat-wool-dairy/wool








Wombat yang eksyen...mentang2 semua orang nak amik gambar ngan dia...





Seekor biri-biri sedang dikerjakan





Kami menapak lagi pegi kat kandang beruang Koala yang cute!. Mai oiii...ramai yang amat orang beratur nak jumpa Koala ni...cuaca matahari dah meninggi so kami amik gambar kat luar je la..jenuh nak nunggu nihh..nasib baik staff yang jaga koala tu baik hati dia tolong snap gambar Koala yang tengah siap2 nak jumpa peminat. Kat luar pintu exit tu ada restoren yang jual makanan halal..nasi lauk kari ayam, chicken biryani macam2 ada...our kids craved for ice-cream!!. Kami lepak jap berhenti lelah sambil makan aiskrim...syok sangat menikmati aiskrim sampai lupa nak snap gambar :). Jam dah menunjukkan hampir 12.30pm. Jom kita pegi kutip strawberry pulak...






Possum


Hello Mate!!

Cicak bosar bonar!!






Terletak di Bullsbrook kira-kira 34km daripada Caversham, Ti Strawberry Farm adalah antara banyak2 ladang strawberry yang membenarkan pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman mengutip buah strawberry yang masak ranum....geram sungguh tengok strawberry yang merah segar bugar...sambil kutip sambil makan....manis letting!!! hahaha. Sebelum dibenarkan masuk kat dalam tu, kami dikenakan bayaran sebanyak  AUD10 per tray (includes entry for 1 person) plus AUD2 per person in the group, maximum 5 orang per tray. Sebab kami bertujuh , so we purchased two trays. Tray dia ni macam kotak isi buah...boleh isi sepenuh-penuhnya..dalam 4, 5 kilo jugak rasanya boleh isi. Budak2 ni memang happy giler kutip buah...ipie sampai merah2 pipi sebab cuaca sedikit panas dah time tu...Hasilnya, melimpah-limpah 2 kotak tu dengan buah strawberry yang masak ranum. Separuh kami sempat bawa balik malaysia dengan hand carry dalam back pack. Mulanya ingat tak lepas dekat imegresen tu, tapi ok pulak. Dapatlah mama buat strawberry jem homemade untuk simpan dalam fridge. Mama ada citer resepi buat jem ni dalam fb dia kat SINI

saujana mata memandang..







Mouth watering..

view dekat Bullsbrook

Kami meninggalkan Bullsbrook lebih kurang jam 3.30pm untuk menuju ke destinasi seterusnya. Bullsbrook ni kira kawasan yang agak luas dengan padang yang menguning kiri dan kanan. Sepanjang perjalanan kami menikmati view yang sangat cantik, bukit berbatu dan padang rumput menguning seluas mata memandang, kelihatan kuda2 liar sedang meragut rumput...perghhh..latar belakang sebijik macam dalam citer koboi..hehehe. Kami seterusnya plan nak ke Hillarys Boat Harbour, tengok view kat jeti bot yang sangat cantik. Tempat ni terletak kira-kira 30 minit drive daripada Bullsbrook. Sesampai kami disana, kelihatan deretan bot-bot besar yang boleh disewa untuk pergi ke Rottness Island dan sekiranya anda ingin melakukan aktiviti adventure fishing & diving ataupun nak naik bot untuk pergi tengok ikan paus dan dolphin...disinilah tempatnya. Disini terletak juga AQWA- The Aquarium of Western Australia. Kira macam Aquaria kat KLCC lah. Kami tak masuk dalam sebab just nak enjoy beautiful scenery kat jeti ni. We spent about half an hour jer kat Hillarys Harbour sebab kami nak gi ronda2 kat Watertown Brand Outlet...kena jejak jugak shopping mall kat Perth  ni walaupun takdela nak shopping sakan...hahaha!


Hillarys Boat Harbour







Watertown Brand Outlet Centre yang terletak di Wellington St. dalam bandar Perth. Watertown ni kira shopping mall yang glamer gak la, ada butik2 branded macam Bonds, QuikSilver, Adidas etc. Pemanduan selama 25 minit jer dari Hillarys akhirnya kami sampai kat Watertown. Shopping Mall ni bukak dari pukul 9.00 pagi sampai 5.00 petang kecuali hari jumaat diorang tutup lambat sikit kul 9.00 malam. Kat Perth ni mostly kedai tutup pukul 5.00pm. Tak macam Malaysia hehe...so, dah waktu petang ni, jalan kat dalam bandar pun tak berapa sibuk. Kat Watertown ni sempat la shopping kiriman baju Bonds untuk Mek Chia Hani. Abg Amer dan Kak Dina pulak had their stuff dekat Jim Kidd Sports. Pusing2 kat dalam tu ternampak pulak Ispa Kebab. Perut pun dah berbunyi, nampak macam sedap jer.....kami order chicken kebab with chesse...hmmm not bad! Kami lepak kat Watertown sampai 5.30pm...mall dah nak tutup baru kami kuar...hehehe.








Ispa Kebab




Dari Watertown kami drive ke Perth Mosque lebih kurang 2.7km jer jaraknya.  Masjid yang terletak dideretan shophouses di William St. ,ni telah dibina sejak tahun 1905 oleh komuniti islam di Perth. Besar jugak masjid ni maybe boleh memuatkan dalam 600 jemaah dalam satu masa. Selesai solat jama', kami berhenti lelah sekejap sambil amik gambar  masjid and its surroundings.




Jam dah dekat kul 7.00pm, kami plan nak ronda2 tengah bandar Perth. Ingat nak pegi Murray St dan Hay St..ni kira tempat shopping la banyak kedai-kedai dan restoran. Pusing-pusing cari parking dapat parking di Murray St betul2 depan Curtin Law School, Curtin University. Universiti ni antara yang besar di Australia, banyak kampus cawangan even dekat Malaysia pun ada di Sarawak tak silap. Kami jalan kaki sambil menikmati suasana malam kat CBD. Kat sini ternampak lah beberapa hotel yang kami survey before nak datang Perth, Pensione Hotel, Criterion Hotel...semua terletak tengah2 CBD. Kalu nak stay ronda-ronda bandar Perth memang elok booking hotel kat sini, jalan kaki jer nak gi mana-mana. CAT bus pun free ride dalam bandar ni. Kami lalu depan Insan Cafe, restoran Malaysia yang famous dikalangan Malaysian yang datang Perth, ramai yang update makan kat sini. Just tinjau dari luar sebab tak plan nak dinner kat sini...masih kekenyangan dengan Kebab saiz besar kat Watertown tadi :)

sempat singgah Malaysian Hall



Kami jalan terus menelusuri Murray St hingga sampai kat Twilight Hawkers Market. Ni lah tempat night market yang glamer jual bermacam aneka makanan from local foods , Europe and asian cuisine ...macam pasar malam lah. Tapi sayang buah kepayang...market ni bukak setiap hari jumaat jerr dari jam 4.30pm-9.30pm. Time kami pegi tu hari isnin, so takde apa2 aktiviti lah..huhu. Kami kemudian singgah di Woolworth Supermarket yang berdekatan saje dari situ. Sempat beli minyak masak dan fish fingers untuk breakfast esok.

Twilight Hawkers Market

Murray St.







Esok dah last day kat Perth. Nak balik packing and plan to check out early tomorrow. Misi besok untuk cover beberapa tempat lagi sebelum ke Airport petang esok.

End of Part 4.







No comments:

Post a Comment

Sydney : A trip to remember

Sydney is Australia’s most famous and premier city filled with plenty of things to see and do. The vibrant city is known for its beautiful...